2.5.13

All about you KAWAN.


Dear Friend :')

Bukannya senang nak cari kawan yang baik...
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik...

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

 
..............................................................................................................

Not easy to find good friends ...
It's not easy also want to become good friends ... 


Good friends never gossip behind his good friend.
Good friends never jealous of the success of his best friend.
Instead of good friends the most help her best friend to achieve success.

Good friends never affects his best friend for doing what is bad and useless.
Good friends are people who often advises her best friend to do the right thing.

Good friends are the first people to find when it comes sad or happy.
Our good friend become a place to express feelings that can not be expressed to the common friends.

Good friend best friend I never forced to remain within his side.
Good friends never forbid her best friend to be friends with good friends.
Good friends never jealous when her best friend had many good friends, because friends are good to know what is best for her best friend.

Good friends will always pray for prosperity and happiness of his best friend in the world and the next in his prayer.

We are good friends if we understand that our good friend not perfect. We are good friends if we become good friends to our good friend.

We are not good friends if we do not appreciate our good friend, as good friends will always appreciate his good friend.

We are not good friends if we are not told what is right to our good friend, as good friends will always deliver good things to his best friend.....

2.2.13

First Entry in Year 2013

Assalamualaikum, hai semorang!! *menguap* hai 2013. Please be nice with me :')

Lama aku tak update blog, serius aku rindukan blog aku ni :') YES,aku mengaku aku sangat busy bulan satu haritu, aku busy dengan kerja-kerja aku. Aku kerja Non-Stop. And sekarang baru ada masa nak update blog. Selamat bulan 2 kerja dah kembali normal. Ahad mula kembali cuti. Bahagia nya rasa. So, here aku nak ceritakan pasal kerja aku :D Alhamdulillah, masa mula kerja teramatlah penat, sampai rasa macam nak berhenti je. Tapi bila dah lama-lama, okay je. Aku ni tak lah kerja macam korang, aku tak kerja dekat mcd ataupun kfc. Aku cuma kerja biasa-biasa. And siapa sangka dah nak masuk dekat 2bulan aku kerja dekat kedai buku tu. And siapa sangka daripada keseorangan, sekarang aku dah ada kawan.Yes, kawan yang baru! Kami tersangatlah rapat sampaikan orang asyik tanya kami satu sekolah ke. Hahaha, for surely depa semua bukanlah satu sekolah, semua sekolah lain-lain. Aku paling suka dengan akak Lee. She's the best sister. Opppss! aku tak rasa dia sister, aku rasa dia pangkat makcik bagi aku. muahaha. Akak Lee banyak tolong aku ajar macam mana nak fotostet, macam mana nak binding, nak kira stok bila stok sampai, macam-macam lagilah yang akak Lee ajar aku :) Then, tak lupa jugak dengan akak Vani. Even though she is Indian, but she always understand me expecially bila time nak keluar solat. Dia baik dengan kami, then ada lah budak lelaki cina yang selalu buat aku ketawa. Setiap yang dia  buat mesti buat aku rasa nak tergelak. His name is Neoh Xiang ape tah, and kami just panggil dia AhXiang. He is very good guy. Suka sangat dia menyakat kami semua. Sometime aku akan gelak sampai sakit perut sebab suka tengok cara dia jalan. Then, aku ada kawan lelaki seorang. Nama dia Ah Lai, dia ni garang gila bagi aku. Perangai dia serupa macam seorang bos. kalau boleh cara dia cakap macam nak menenking je, sampaikan ada kawan aku yang takut gila dengan si AhLai ni.
Tapi kalau dia baik, baik sangat. Suka sangat permainkan orang. Cis! Cis! Kadang-kadang sakit hati aku  dengan perangai dia tapi nak buat macam mana, setiap orang ada perangai masing-masing *macam iklan yuna pulak* hiks. Then aku dapat kawan perempuan. Syazimin, Amiera, Aqilah, and Zarifah. Nak cerita ke pasal dyorang? Tak payah lah kot. Kalau cerita pasal dyorang sure berjela-jela panjang entry aku kali ni :D however, saya tetap rapat dengan suhaina walaupun dah ada kawan baru. Suhaina tetap kawan saya :)  
Bila da kerja macam-macam jenis orang yang kita akan jumpa. Barulah kita boleh nampak and kenal dengan dunia luar, macam mana perangai manusia. Yeah, itulah lumrah sebenarnya. :)
Okay, sampai sini je nak story mory pun. Bonda dah bising-bising tak kemas bilik. hikhikhok. Okaylay semorang, ada masa update lagik. 
*Love you all yeah*
 Waalaikumsalam   

13.12.12

Happy + Takut = ??

Assalamulaikum :)

Ehem, hai semorang.. Just left a few days. Setiap hari aku akan kira hari. Sebab apa? *Inilah rahsianya jengjengjeng*  Tinggal lagi 4 hari lagi untuk aku keja. Aku macam excited pulak kan? Haha kisah pulak kau. Ye lah, orang baru first time dapat keja kan. Mau tak excited :) Aku jeles sebenornye tengok kawan-kawan aku yang lain semua dah start keja. Parents aku suruh keja bulan Januari nanti. Oh my! Aku dah duduk rumah dekat 3 minggu pun dah tak tentu arah. Malaslah, better kita keluar cari pengalaman yang baru kan? So after this, my life busy sikitlah. Sikit je tak banyak and still have time to update my blog.  Aku keja dekat chiew. Kedai buku and jual alat tulis. Saja nak habaq and ajak semorangg melawat aku nanti tapi No Discount la eh.. *Bagitau awai-awai :D*  And for sure dalam bulan Januari nanti aku akan busy banyak sebab nak bukak sekolah dah. SEKOLAH?? hahahahahaha *gelak banyak-banyak* Aku macam tak percaya yang aku dah tamat sekolah. Faham maksud T A M A T? Jujur aku kata aku rasa macam aku baru sedar dari mimpi. Lepas ni giliran aku pulak tengok adik-adik aku beli barang sekolah. And itulah memori yang tak akan aku lupakan. Every year, kami akan pegi kedai baju sekolah, and borong sakan. Mana tak nya,adik-beradik aku kan ramai. Masa tu lah aku rasa macam tension pun ada. Ye ah, adik tu nak kotak pensil ben10, adik aku yang perempuan nak beg sekolah Barbie. Macam-macam ragam weih. Aku tak boleh bayangkan kalau aku ada anak nanti *Angan-angan* Hahaha. Ape gelak-gelak? Kemonlah, semorang ada angan-angan kan? Ahaks. Every year jugak before nak pegi belanja sakan kami satu family akan duduk berbincang pasal budget! Yeah kedengaran agak kelakar. Tapi itulah family saya. Kami kena rancang untuk penjimatan yang hebat kih3. Dekat situ mulalah timbul perasaan tak puas hati, adik aku nak beg sekolah baru, tapi beg sekolah lama elok lagi. Alahai, budak-budak memang ahh. Suka buat pembaziran. And me sebagai kakak yang paling garang tahap kesingaan aku akan beralah. *singa-singa pun dalam hati ada taman uolls* Aku ingat lagi tahun ni aku tak beli apa sangat, sebab kata mama "Tahun ni last,jangan membazir" kfine, saya pun menurut perintah and bagi chance dekat budak-budak kecik yang excited dapat barang baru. Haihh..I miss that moment. And untuk tahun depan aku tak payah nak gaduh-gaduh dengan adik2 aku dah :') I need to be matured,good sista and nice with them! And aku paling sayang pencil box aku yang cute-cute and chumel gitu. Dari form 1 aku pakai until now, pencil box tu sedia berkhidmat untuk aku. And InsyaAllah aku akan guna pencilbox tu kalau dapat sambung belajar nanti. InsyaAllah :)


 

 Mereka yang saya sayang. Ekceli ada lagi adik beradik aku yang lain, tapi masa ni kami je yang bercuti, sorry to them lah sebab tak dapat ikut kami. Ahaks.

.............................................


Cakap pasal sambung belajar, tetiba risau pulak hati kecik aku ni. Entah, rasa macam tak sedap hati pun ada. Memandangkan SPM aku macam agak bad sikit and yeah SPM moment, it was fucking depressing but tralala i'm free baby. I've done my best and InsyaAllah I could achieve them with flying colours. Tapi tak berani jugak nak cakap sebabnya SPM kali ni aku rasa macam aku banyak buat mistakes. And.. aku tak rasa macam apa yang aku nak tu aku akan dapat. Ahhh! Setiap kali fikir pasal result hati aku akan sebak and mengalir air mata :( Tak tawu nak describe macam mana takutnya perasaan ni and macam mana hampanya hati ni kalau dapat bad result.. Anyway there are nothing to be worried. For now I put trust in Him. Keep Praying and don't lose hope. If it means to be,it will be * Ayak kakak aku, harap kau baca aku ciplak ayat ni :D*


Perasaan takut yang tak dapat di bendung :'(

keep calm and trust ALLAH

l o v e  [ NAMN ]  

wassalam