Assalamualaikum..
Harini aku rajin nak update blog.* Weekend lah katakan.* Okay firstly aku nak cakap yang aku
dah habis jawab 5 paper. Alhamdulillah so far,semua berjalan dengan lancar,
tapi problemnya sebab aku yang tak study awal-awal. So tak tahulah result aku
macam mana.
Masa paper
sejarah memang aku takut sangat. Mana taknya aku ni ‘la
mim ba ba’ Bagi
aku,sejarah subjek paling susah and boleh dikatakan susah daripada addmath. *Tengok!
Betapa susahnya subjek sejarah bagi aku! Wuwuwu* Malam tu aku sembang dengan mama and aku luahkan apa yang ada dalam hati aku.
Aku : ma, takutlah esok nak exam sejarah.
Tak taw nak jawab apa.
Mama : La, dah takut p la study. Yang duk
sembang awat? P study. *mama menghalau aku. Huaaa.*
Aku : Nak study apa nya? Dah baca banyak
kali, tapi tak masuk jugak, nak buat macam mana lagi? Hurmm *menayang
muka sedih*
Mama : Nak masuk macam mana? Sudahlah
belajaq last minit. Dah tu nak hafal semua bab pulak tu, memang tak masuk lah.
Lain kali belajaq lagi last minit.
Aku : *dengan semangat
yang down gila* masuk
bilik and menangis!!
Astaghfirullah.
Dah memang tabiat kot suka sangat study last minit. Menyesal gila. Aku tak nak
dah study last minit. Macam-macam perasaan ada. Stress gila aku masa tu. Tapi
Alhamdulillah, kak aku baik hati nak tolong ajarkan. Alhamdulillah and thank
you Allah masih membantu hambaMu. Sometimes rasa malu pun ada, ye lah, kita ni
selalu je berdoa. Mintak dekat Allah macam-macam. Tapi tak ada usaha dari diri
sendiri pun. *Memang muka tak malu lah* And the moment bila dah tamat exam, hati aku
hanya mampu cakap ‘Tawakkal kepadaNya’ . Aku pun tak sabar nak tengok ‘hasil’
daripada diri aku yang study last minit. Harap-harap bagi pengajaran untuk diri
aku and kawan-kawan yang lain :’)
p/s : Study untuk mengejar cita-cita dan yang pasti
kerana Allah. Bukan kerana terpaksa dan bukan hanya untuk mendapat sehelai
kertas pengiktirafan.
∞WEDDING ∞
Ehem, apa
yang tiba-tiba ada tajuk wedding
ni? Apakah? Sebut pasal wedding terus rasa teruja gila nak kawen. Err.. actually tadi baru je aku habis stalker
blog Irene and blog Dena. Sape yang tak kenal dyorang? They are very popular
among the other blogger. Both of them baru umur 20. And the special thing about
them is, dyorang kawen awal. Frankly speaking, pada mulanya memang aku tak
setuju yang dyorang nak kawen awal. Macam-macam yang aku cuba bayangkan
expecially tentang keburukkan kawen awal ni. Ye la, boleh ke dalam usia yang
muda ni nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri pulak? And the unbelievable is,Kak Dena kahwin awal + bercinta selepas
kawen. Ya Allah, ada lagi orang macam tu dalam zaman sekarang nie kan? At first
aku memang macam ‘eh betul ke Dena ni?’ , ‘Bahagia ke?’, ‘ohh’.. And
finally I got the answer. Itu yang
ditetapkan olehNya. Memang ada lagi orang macam tu kat muka bumi ni. Bahagia
sangat aku tengok dyorang. Sweet gila. Even Dena and his husband malu-malu lagi,
tapi memang sweet sangat.. So, aku rasa tak salah pun kawen awal. Kalau pandai
bawak diri,InsyaAllah boleh harungi semua dugaan.*Ayat nak sastera
habis* Congrates to them.
Oh yeah.
Before I forget! Nenek Kak Dena ada pesan dalam video yang Kak Dena tunjuk
dekat blog dia. Nenek Kak Dena pesan :
“Kahwin itu
sunnah! Tetapi ingat !! Niat kita berkahwin bukan untuk berpoya-poya,bukan
untuk bersuka ria,tapi untuk beribadah.Perbetulkan niat anda.. “
Weih,
tetiba rasa nak kawen awal lah. *Hahaha.Gelak tak puas hati !*.. Tetapi ,bila teringat balik
kata-kata tu, hilang rasa eksited nak kawen.*Oh my English! Hahaha. It
supposed to be EXCITED*
So, my wish to them : Semoga kekal bahagia and
semoga perkahwinan anda diberkati Allah. Amin.
And now I
realized yang tak semestinya kawen awal kita tak bahagia. Tak semestinya
bercinta selepas kawen itu sesuatu yang kolot. It’s better love after marriage.
p/s : Menerima cinta dari bukan jodoh kita adalah
sesuatu yang tidak membahagiakan.
© nurammarlinanasir
2 comments:
amboi2..dah pandai ek nak cari pakwe skrg xP..
good luck in your SPM btw :)
Amin.. Kau pun.Gud Luck SPM. and pakwe tu nantilah aku cariq.Haha.. Tak penting pun kan ? :')
Post a Comment