16.7.11

When Our Love was REJECTED :)

Assalamualaikum para sahabat. 

Cuba kita renungkan,apabila CINTA kita tidak diterima.

Sakit rasanya kan? Perit rasanyakan?Macam2 perasaan kita rasa .

Baiklah,banyak yang saya dapati ramai orang bila FRUST banyak benda yang mereka fikirkan.

Antaranya ayat yang mereka fikirkan ialah :

 “kenapa dia putus dengan aku?Ape salah aku?”
“kenapa dia tinggalkan aku?”
“kalau dah tak sayang cakap je la.”
“Baik aku MATI je senang”

Astghafirullah.Inilah pemikiran para remajasekarang.Bila putus je CINTA,mula nak fikir bunuh diri.

Adakah itu jalan yang benar? Kalau dah putus,sepatutnya,kita kena dekatkan diri dengan Allah.

Kan lagi baik kita cari CINTA YANG AGUNG,tidak menyakitkan hati,kalau bercinta dengan Dia senang,diri dihargai.

Kalau dah tak cukup IMAN jangan lah bercinta,nanti lain jadinya .

Baiklah para sahabat,

 Kalau Cinta kita ditolak,memang perit rasanya, cuba kita fikirkan kalau Allah yang menolak Cinta kita?

Astghfirullah. Lagi menyakitkan. 

Jadi kita sebagai hambanya perlu muhasabah diri. Persoalkan diri kita .

Jika kita putus Cinta kita sering mempersoalkan :
“kenapa dia tinggalkan aku?apa salahku?’’

Cuba kita persoalkan diri kita semula .
“apa salahku sehingga Allah tak menerima diri ku?”

Tapi kita sebagai hambaNya beruntung,kerana Allah Maha Penyayang. 

Kalau manusia nak bercinta mesti pilih yang cantik,handsome.Mesti nak yang standard,berpendidikan. Kan?

Tapi Allah tak. Dia sayang semua hambanya,tak mengira paras rupa,tak mengira pangkat,tak kira kepandaian.

Kalau dah putus tu,don’t always think negative.

Jangan cakap tiada sesiapa menyayangi mu,kerana Allah masih ada untuk menyayangi diri kita.
Jangan cakap semua tinggalkan kita,kerana Allah sentiasa disamping kita.
Jangan cakap hati kita hancur dan kosong kerana cinta.Itu semua tidak benar.
Allah sentiasa di dalam diri kita.Cuma kita sahaja yang perlu memperbaiki diri kita.


p:s Bagi saya lebih baik kita mencari Cinta Allah kerana CintaNya sejati dan abadi.

 :) sumber dari fikiran saya sendiri =)

No comments: