23.9.11

Jangan Bersedih, Jadi wanita yang Paling Bahagia

Assalamualaikum, Firstly, aku nak thanx untuk kawan-2 aku..

Ni adalah suhaina and asmieza..



Okay, mereka-2lah yang bagi saya buku ini kat aku time Birthday aku. And time tu aku rasa aku tengah Frust sebab aku dapat tahu orang yang aku suka tu dah ada orang lain..But nevermind..and thanx to this book. Buku ni banyak membantu aku dari jangan bersedih =)



Buku ni bagi aku adalah buku yang sangat bagus untuk dibaca oleh semua orang terutamanya untuk kaum hawa macam aku ni. Nak tau apa yang menarik, meh kita review sket contents buku ni okay..
 
~Buku ini mengimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.

Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.'

Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qadha dan qadarNya.


Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan : "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini."
 
Title    : Jangan Bersedih: Jadilah Wanita yang Paling Bahagia (Khas untuk Wanita)
Author: Dr, 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni
Translation by : Muhammad Huzaifah
Publisher : Al-Hidayah
ISBN     : 9830996212
Format : Paperback
Main Category  : ISLAMIC REFERENCES
Sub-Category    : ISLAMIC-WOMEN & FAMILY

Satu yang pasti pasal buku ni yang boleh aku boleh cakap ialah, buku ni sangat2 berinformasi dan bermotivasi. 

Buku ni ibarat terapi jiwa dan minda la dan boleh jadi pengubat dan jawapan kepada kekeliruan dan rasa ragu2 yang sering timbul dalam hati kita.
 
Thanks a lot. Kalau takde Suhaina and Asmieza yang hadiahkan aku buku nih memang xdanye aku nak baca or sesaja nak pegi cari buku neh..heee..tengkiu lagik untuk hampa dua.. Banyak info penting + berguna yang aku dapat dari buku ni.
Ni ada beberapa Quotes yang bermakna dan aku suka yang aku petik dari buku ni :

“Jangan engkau mengingat hari kelmarin dan apa yang merugikanmu pada hari itu. Kerana, sesungguhnya umur itu bila telah gugur salah satu daunnya, maka ia tidak akan kembali lagi. Namun setiap musim semi, daun-daun yang baru akan tumbuh. Maka, lihatlah daun-daun yang menutupi wajah langit itu, biarkan daun yang gugur itu ke bumi, kerana ia telah menjadi sebahagian dari bumi.
 Apabila hari kelmarin telah berganjak meninggalkan anda, maka di hadapan anda ada hari ini. Apabila hari ini menghimpun daun-daunnyakemudian berlalu pergi, maka anda masih ada hari esok. Jangan biarkan diri anda bersedih kerana hari kelmarin, sebab ia tidak akan kembali. Janganlah pula anda menyesali hari ini, kerana ia pasti akan pergi jua, tetapi impikanlah mentari yang bersinar terang di hari esok yang indah.”
 
Ada lagi : 
 
> Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha mengampuni org yg beristighfar. Maha Pemberi taubat atas siapa saja yg bertaubat dan menerima org yg kembali padaNya.

> Kasihanilah org yg lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah org yg memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

> Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan utkmu dan syurga telah menunggumu.

> Hapuslah air matamu dgn segala berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dgn mengingat segala nikmat Allah kepadaMu.

> Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan utk melayani seseorang secara lengkap, kerana pd hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yg akan mendapatkan semua yg diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

> Jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilemparkan batu, ia membalas dgn buah kurmanya.

> Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dpt mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dpt membenarkan kesalahan. Maka dari itu mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

> Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, InsyaAllah.

> Padamkan api kedengkian di dadamu dgn memaafkan semua yg pernah berbuat salah kepadamu.

> Mandi, berwuduk, memakai wangian dan bersiwak dgn teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi  kepenatan dan kesempitan.
 

Dipetik dan diedit semula (edit ejaan ja - xda ubah apa2 ayat @ maksud)

Dan mari sama-sama kita amalkan doa Nabi Yunus ini :

La ila ha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazzholimin
 
''Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.'' - Surah Al-Anbiya’-ayat 87.

 
(Ucapkan selamat tinggal kepada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, kesengsaraan, dan menjauhlah dari keputus-asaan dan kegagalan..')

So, sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut apa ada dalam buku ni boleh lah mula g cari buku ni kat memana bookstores yang berdekatan dengan korang..kalau nak jimat, mintak le sesapa hadiahkan korang buku ni..hehe.. macam aku kan..=) erm, kalau nak pinjam dengan aku pon ok ja..aku boleh buat sewa pinjam pada yang berminat nak baca tapi tanak beli sendiri 2..hehehe...

Okeylah..cakap lagi panjang lagi aku merepek plak. Dah tak ilmiah and berinformasi plak jadinya entry ni.

Wassalam.

From the deep of my heart :  Nurammarlinanasir =)



No comments: