27.10.11

Cinta Monkey =D

 
 
Assalamualaikum.
Entry kali nie nak crita pasal CINTA.. tawu tak maksud CINTA? Ni ha maksudnya, Cinta itu Love. Love itu Cinta.. Ayoyo.. Macam2 ungkapan kan? Itu je yang hampa taw.Cinta? Sayang? Suka? Minat? Dalam hidup ni, sebagai manusia kita mungkin akan terjatuh cinta la, terjatuh suka la dan segala ter..tersebagainya kepada mereka yang berlawanan jantina dengan kita, sebab perkara tu fitrah atau lumrah kehidupan. Mungkin juga dugaan.Hurm. Actually,Cinta bermaksud anugerah yang sangat tidak ternilai yang di anugerahkan kepada kita. Cinta merupakan fitrah manusia and sangat terbiasa dengan ungkapan KAPEL buat zaman sekarang.Even budak yang baru 10 tahun pun dah tahu ape itu KAPEL. Zaman aku dulu mana main kapel2. Main minat2,suka2,syok2 je. Kapel pun tak tahu ape maksud.

Ok, move to the topic, selalunya kalau kita suka kat seseorang tu, apa yang kita buat? Kita mungkin akan jadi stalker paling licik dalam dunia ni. Kita akan view page dia hari2 macam takde kerja lain semata-mata nak tengok apa yang 'that woman' or 'that guy' tengah update kat facebook dia. Ataupun kita follow 'orang' yang kita suka tu kat twitter, pastu tengok 'orang' tu tweet apa.Haa kan.Betul tak? Hikhik.. Jangan kata hampa2. Aku pun manusia biasa jugak.And aku pun seorang yang macam tu jugak. ini dipanggil Cinta Monkey =D

Lepas tu pulak untuk orang yang sedang hangat bercinta, sanggup bergolok bergadai habiskan masa call,sms pasangan masing2 yang belum halal dan belum tentu kahwin pun. Dan ada juga yang sanggup berubah mengikut kehendak pasangan kekasih mereka. Habis tu, kalau boyfriend mintak gambar girlfriend dia dalam keadaan tak menutup aurat dengan sempurna ataupun free hair, sanggup ke bagi? Itu salah satu contoh yang akan menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Natijahnya, syaitan berketawa riang sambil bersorak mengatakan pujukan dan hasutannya kepada ummat manusia benar2 sukses. Bolehla teman setan2 lain kat dalam neraka jahanam nanti.Hurm,nauzubillah.

Kalau kita suka seseorang tu seboleh-bolehnya kita akan menjaga hatinya, kita akan berbuat apa saja untuk si dia. Tapi pernah tak kita fikir,apa perkara yang akan membuatkan Allah rasa 'senang' dan 'gembira' dengan kita??Fikirkanlah, mungkin kita belum betul2 cintakan Allah lagi. Rasa cinta kita kepada Allah, Khalik kita kadangkala ditandingi cinta kita kepada manusia. Patut ke? Sedangkan Allah dah  menciptakan kita dan sepatutnya rasa cinta kepada Allah menandingi cinta manusia sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah Yang Maha Satu.

Cuba kita ingat balik, berapa ramai manusia dalam dunia yang memberitahu seluruh dunia yang mereka cintakan atau rindukan bf atau gf mereka setiap kali mereka update status kat facebook. Mesti pernah tengok kan?Tapi pernah ke kita nak lahirkan rasa cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta.
 
Berapa ramai orang dalam dunia ni, yang boleh menitiskan air mata sebab mendengar azan yang berkumandang? Dan berapa ramai orang yang menggedik kat handphone masing2 bila bergayut dengan 'couple' mereka?
 
Ya Allah ampunkanlah aku dan seluruh muslimin dan muslimat jika kami pernah berbuat seperti itu. Sesungguhnya jalan yang terbaik ialah taubat nasuha.Pengajarannya iaitu janganlah kita ingat kita betul2 baik bila kita da solat 5 waktu dan sebagainya, tapi ingatlah untuk sentiasa perbaiki diri dan mengekalkannya. Ya, nak berubah memang mudah, tapi nak kekalkan memang payah. tapi sekurang-kurangnya.Cubalah BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI KITA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DARI SEKARANG.

Buat mereka yang masih lagi hanyut dengan cinta manusia, ingatlah:

-Cinta manusia, manusia akan mati
-Cinta monyet, monyet akan mati
-Cinta Allah, cinta hakiki kekal selamanya

I Love You Allah. Semoga setiap hari rasa cinta kita kepada Allah semakin mendalam :)
 
From deep of my heart :
anakpakciknasir =)

No comments: