3.10.11

Sahabat Hingga ke Syurga

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah

Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
 
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku
 
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
 
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI

Banyak salah dan silap yang aku lakukan. Andai diri ini masih lagi layak untuk menjadi sahabatmu, terimalah aku dan jadilah sahabatku. Aku menyayangi dirimu walaupun banyak yang aku lakukan sehingga mengguris perasaan.
Dengan rendah diri,aku memohon maaf darimu wahai sahabat. Ampunkan aku. 

Sesungguhnya aku sentiasa menunggu ukhwah fillah darimu wahai sahabat =)

From deep of my heart:
nurammarlinanasir
='( 

No comments: