8.6.12

All about 'someone'..

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua orang. Hai semua orang. Hai semua orang.  Ehemm *Cough ! Actually saya nak hilangkan rasa sedih saya. That's why saya macam saiko sikit. * Jangan marah taw..:D  First at all saya nak cakap entry saya kali ini memang panjang. Rajin baca ah. Tak rajin jangan baca. Okay? Saya baru je lepas blog dia.Tak sangka dia lebih cepat update dari saya. And yeah, blog dia bagi aku inspire nak update apa..Weih, Saya sedih baca kisah awak. Dan tak sangka kita memang senasib kan? By the way, bagi saya hiburkan anda dengan kisah kita (:

Let's start the party! Eh,, bukan party lah, Story..Hikhik
One..Two..Three..
Saya mula kenal dengan dia since saya tingkatan 3.  Masa mula saya kenal dengan dia, dia menunjukkan muka yang sangat garang plus sombong nak mampos plus muka macam nak bunuh orang. K itu tipu. -..-'   Seriously saya cakap dia memang sombong and pemalu. Bukannya nak mengutuk, tapi itulah kenyataannya. Saya mencari tempat duduk dan masa tu tempat di sebelah dan sebelah dia kosong. Saya duduk di situ sendirian.. Sendirian! Kawan dia panggil saya untuk join meja sekali, tapi dia tak bagi. Masa tu saya sangat sangat kecik hati. Tapi saya sabar. Orang sombong nak buat macam mana kan :D  So,dekat seminggu jugak saya cuba untuk bermesra-mesra,rapat-rapat dan bermanja-manja dengan mereka. Hahaha.. I mean saya mula untuk mengenali mereka. Suara dia perlahan sangat,sampaikan kadang saya tak tahu dia cakap apa.
Saya yang pekak atau salah dia yang bercakap perlahan? Eh??  Kemudian saya minta nombor hp dia sebab senang untuk saya tanya tentang kerja sekolah. Dan dari situ saya mula kenal dan berkenalan dengan dia. Oh!! Dia tidaklah sesombong yang saya sangkakan. Bila tangan mula menghantar mesej, dia membalas macam saya ni dah lama kenal dengan dia. Saya pun okay lah dengan dia. Bermula dari situ, saya dan dia menjadi rapat. Saya selalu cerita pasal benda yang saya tak suka dekat dia. Bila dalam kelas, saya suka main tumbuk-tumbuk dengan dia. Saya yang ajar dia cara bagi penumbuk yang sodap. Dan pada akhirnya dia mula berani memberi penumbuk yang sodap dekat saya *Sangat menyesal ajar dia. Hikhik. Tapi itu semua buat saya gembira :)
Bila naik tingkatan 4, kami mula berpisah. Saya kelas akaun, dan dia kelas sastera ekonomi. Saya mula takut. Saya mula menangis bila kami tidak di takdirkan untuk belajar dalam kelas yang sama. Bila kelas lain-lain, hubungan kami pun dh tak serapat dulu. Dia dapat kawan baru, saya pun. Masa tu lah kami bergaduh. Kami dah tak bertegur sapa, saya buat hal saya, dan dia buat hal dia. Dia cakap saya yang sombong. Adakah saya? Maybe betul saya sombong, and dia selalu cakap saya ni kelas depan, mana pandang dia yang kelas belakang. AWAK... fyi, saya tak pernah nak bezakan kawan dari segi kelas. Tak kisahlah awak kelas belakang or depan, semua tu tak menjamin apa-apa. Yang penting kita ikhlas berkawan. Saya dan dia bergaduh besar. Saya rasa dia dah berubah, tapi mungkin saya yang silap. Biarlah. Cerita lama. Hampir 2 bulan kita bergaduh besar,akhirnya saya dan dia saling meminta maaf. *Betapa besarnya erti kemaafan* Dan akhirnya saya dengan dia berbaik semula. Saya sayang dia. Saya rindu dia. Saya selalu cerita masalah saya dekat dia. Masalah keluarga, masalah dunia, kalau ada lah kan, masalah kawan, masalah boipren, hahaha. itu dulu. And saya selalu cakap tentang masalah agama. Masa saya dapat kelas lain dengan dia, dia yang tenangkan saya and suruh saya belajar rajin-rajin, bila sedih, saya akan cerita dekat dia, dan dia berusaha untuk memberi kata-kata positif, bila saya rasa semangat saya down, dia mula bagi saya antibiotik supaya saya sihat semula. Bila saya cakap saya tengah menangis sebab tak boleh baca buku dia akan ejek saya 'ammar budak cengeng' Sangatlah panas hati saya Tapi bila dia cakap macam tu saya tawu, dia sebenarnya nak saya bersemangat. Oh, Indahnya bila berkawan. Weih, Saya tau kita banyak persamaan. Kot? Tapi entahlah, bila banyak persamaan itu yang membuatkan kita semakin rasa  'oh kita serupa dan senasib' :) 
Tak sangka masa dah berlalu. And sedar tak sedar yang kita dah kawan hampir 3 tahun. Harap persahabatan kita kekal selamanya. Cumanya kadang-kadang saya tak puas hati bila awak suka cakap lepas. Sentap jugak hati merah saya ni. Tapi itu lumrahlah, bila awak cakap lepas bermakna awak ni seorang yang berterus-terang. Kan? Dan jujur saya katakan masa kita gaduh, saya banyak kutuk awak. Sebabnya saya sakit hati dengan awak. Biarlah. Itu cerita lama. Sekarang saya lebih suka jadi macam awak, berterus-terang lebih mudah.*Cough*
 
Assalamualaikum kawan, kalau hang tengah baca entry ni or ang ada kat mana-mana pun hang jangan lupa aku okay. Mungkin aku bukan kawan yang TERbaik *jangan tanya saya kenapa perkataan itu di bold kan* hang pernah ada, tapi sekurang-kurangnya bagilah aku jadi kawan baik walaupun aku ni taklah sebaik mana :D Kalau aku ada buat salah, aku mintak maaf sangat-sangat. Aku doakan semoga hang dapat apa yang hang nak. And jangan lupa 'kita senasib' :')

Saya sayang awak kawan.. Biarlah kita menangis dalam hati :') hanya itu yang mampu.
Ehem. if you can find this  ''foreveralone'' you will know who is 'someone' yang senasib dengan aku.? ;)
Maafkan saya sebab saya terlalu skema sangat dalam entry ni. Saya berusaha untuk menjadi matang. :)