9.12.12

Assalamualaikum =)

Hai semorangggg!!! *melambai-lambai tangan penuh bahagia* Dah bersarang aku tengok blog aku ni. Mana taknya dah berbulan-bulan aku tinggalkan dunia blog ni *eceyyy cakap macam selalu sangat aku update*  Ekceli jejari runcing aku ni excited gilerr nak menaip. So aku bagilah peluang dekat jejari runcing aku ni nak menaip. So uollss .. macam mana Life anda sekarang? Harap bertambah baik kehidupan anda. Okaylah, here nak cerita sikit pasal Life aku selepas tamat SPM *saying it proudly -..- * OH! actually takde lah proudly sangat. Sebabnya tengah takut tunggu result pulak. So macam ni lah naseb budak-budak lepas SPM Hahahahaha.. Sekarang aku tengah berusaha untuk kerja. Yeah! Ramai yang cakap nak enjoy lagi. Rasanya tak perlu kot. Aku pun dah cukup enjoy bila mana lepas je tamat SPM hari Rabu, then hari Jumaat tu terus berangkat ke keyell. So sekarang dah tiba masanya untuk aku pulak keja. 
Mula-mula cari keja mak aku yang sibuk tanyakan. Aku? Haha menyorok belakang mak aku tertunduk malu-malu. Apa boleh buat, itu sememangnya diri aku. Jadi start 17 Disember ni, so hope aku boleh bagi komitmen dengan keja aku nanti. Oh mesti ada yang tertanya-tanya aku keja apa kan? Aku ni tak lah keja AEON yang besar tu. Tak keja billion yang raya tu. So keja aku cuma biasa-biasa untuk cari pengalaman. Rasanya tak perlu kot nak memilih katanya nak keja high class. Kita pun cuma bekas pelajar SPM, memadai lah kalau dapat keja biasa-biasa pun dah cukup. Kalau nak mencari keja yang relaks je rasanya baik duk rumah goyang kaki. Itu paling relaks. Bukannya apa, bila difikirkan semula mana ada keja sekarang semua senang. Nama pun keja kan? jadinya tak boleh lah duduk relaks je. Hahaha. Just advice :') Janji kita keja okay and yang penting dapat income. Itu pun dah cukup bersyukur.
Secara jujurnya aku rindu semua kawan-kawan aku Form 1,2,3,4,5. Bila stalk profile mereka aku rasa macam 'ecey, dah maju lah depa. Aku je tak'  tapi aku tak kisah pun, maju or tak bukan masalah. Asalkan mereka semua bahagia aku pun okay saja. Eh, Lesen? Yah, bercakap tentang lesen buat aku rasa bangga sekejap. *Tarik nafas dalam-dalam,kembang-kempis hidung aku dibuatnya* Oh sabar.Sabar. Di sini dengan bangganya saya nak beritahu semua yang saya Tidak mempunyai lesen moto mahupun kereta. Haihh.. Sedih beno nak bagitahu. Hik3. Takpe, Slow-slow. Lesen tu cuma kehendak. Belum sampai tahap keperluan lagi. *Kan dah masuk bab perdagangan*  Mohon sesiapa yang ingin mengambil lesen bagitau lah saya. Kita pegi sekali. Okay . Rasanya sampai sini je kot aku berceritia. Jejari aku dah rasa malas nak menaip sebabnya kalau diteruskan jugak nak berjela-jela jugak entry kali ni. Lepas ni kena rajin-rajin mengupdate blog. Rindu tahap gunung everest dah ni. Hahaha. Ok uollss,see you  again. Wassalam
 

No comments: