26.11.11

Salam MaalHijrah

Assalamualaikum.. 

First thing nak ucap kat sini is... Salam MaalHijrah buat semua muslim dan muslimat. Kita semua dah masuk 1433Masihi taw.. Ape eak azam anda tahun baru nie? Macam-2 azam yang kita buat setiap tahun. Tapi tak pernah terjadi pun.Kan?Bagi yang azam dah tercapai tu tahniah lah,.. (: 
Dulu saya cuma taww HAPPY NEW YEAR yang akan disambut 1 January.. I never know about sambutan MaalHijrah niee. Sadiskann??  Sedih sangat-2 kalau kita yang Islam tak taw pasal MaalHijrah ni .  Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu MaalHijrah,sini saya ada infokan sedikit tentang MaalHijrah supaya korang nanti tak jadi macam saya yang cuma tau pasal happy new year je. So,jom kita baca sikit.Dapat pahala taw :D

iNFO :

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Dah baca iNFO ? So jangan nanti orang tanya buat tak taw pulak.. Cepuk2 kepala korang nanti. Hihi. 

Tadi pQah ada text saya and tanya " Ape azam ko tahun ni? " 
Aha..Soalan yang sangat menarik lah dear (: Azam saya tahun nie eah? 
Actually kalau cakap pasal azam je memang banyak la azam saya kan. Tak taw nak cakap macam mana. Tapi orang cakap kalau sekadar ada banyak azam tapi tak berusaha nak buat untuk capai azam yang kita nak tu tak boleh jugak kan? So saya punya azam simple je. Berkenaan diri saya jugak . Kalau boleh, saya nak buang sifat marah. Haha. Sape yang tak kenal saya memang takkan taw saya nie seorang yang garang.. Rawwrr!! Muahahaha. Ye la, sampaikan ada sorang penah cakap saya ni macam singa betina? Whattt????? Singa betina? Haihh.. Tak kan saya segarang tu? Saya pun tak tahu. Tapi banyak dah yang cakap saya garang, so what can i do? Saya berazam nak tanamkan sifat SABAR dalam diri saya. Hope sangat-2 saya dapat mengawal emosi.Tu baru azam pertama weyh.. Banyak lagi azam saya ni. Okay, azam seterusnya saya nak memantapkan keimanan saya. Tapi macam mana eak?? =,= Sometimes rasa macam tak boleh je nak high lagi keimanan kita sebab ustaz saya penah cakap "Keimanan manusia dengan malaikat sangat berbeza." Berbeza? Ape yang berbeza?? Then ustaz cakap " Keimanan malaikat sentiasa maintain or stabil, tapi keimanan manusia tak stabil,sometimes iman kita meningkat,sometimes menurun and nak mempunyai iman yang stabil kena rajin beribadat" See?? Ayat ustaz tu sangat bermakna,dulu saya tak faham ape yang ustaz maksudkan,but now saya sangat-2 faham. Thank Ustaz Hafiz. (:
Tapi tu lah,kita yang manusia ni always and senang TERgoda kan?? Takpe-2, kita try dulu baru taw macam mana hasilnya kann?? >_<

Next determination saya nak belajar rajin-2 untuk SPM yang sedang menanti. Nak kena struggle gila dalam study. Bukan senang taw,sekali gagal SPM, takde job and future lah saya nanti.  So,baik pulun dari sekarang..kalau nak senang nanti. Azam ape lagi eah?? Hahaha. kan dah blank otak ni. Takpe lah tu untuk azam 1432M saya. 

Oh yeah, baru teringat, azam saya, nak khatam Al-Quran and fullkan solat saya.Maklumlah,sometimes saya pun liat jugak nak solat ni. Hope sangat-2 dapat fullkan solat and dapat khatam Quran. Amin. Harap semua azam ni dapat saya buat. And..and... Doa-2 kanlah yer. Amin..
Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.
=)

No comments: