24.1.12

New Book :)

Assalamualaikum.  Harini aku nak buat entry pasal NEW BOOK. Orang lain semua sibuk Chinese New Year kan? Aku pulak sibuk membaca new book yang baru jugak aku beli. Sekarang ni aku jenis minat buku-buku agama yang banyak bagi manfaat. Kalau novel tu, nanti lah. Ada duit sendiri baru best nak beli and baca kan :) Buat masa sekarang aku cuma mampu beli buku agama. Sebab harga buku-buku ni tak la semahal novel. Novel kalau senaskah dalam RM19-RM25. Tapi kalau buku agama ni murah jer. Dalam RM10-RM18 pun dah boleh dapat. Jimat kan? Banyak pulak yang kita dapat isi manfaat daripada Buku agama. Actually novel ni banyak main mainan perasaan and banyak jugak buat kita Imagine about the person. Tapi kalau buku keagamaan bolehlah dapat bekalan untuk kita bawak ke akhirat nanti. Buku ni pun banyak memainkan imaginasi seseorang sebab buku-buku macam ni dapat buat minda kita terbuka untuk berfikir tentang kebesaranNya dan keagungganNya. Haritu yang aku cakap aku pegi popular ada jugak orang tanya aku beli buku apa. Novel ke? Aku cakap tak, sebab sekarang bukan masa nak baca novel. ^___^ 
Aku beli buku Indahnya Kematian.
Buku ni banyak membimbing kita pasal kehidupan manusia sekarang yang banyak lupa dengan Maha Pencipta. At least bila kita baca buku-buku macam ni bolehlah kita taw macam mana kehidupan kita selepas kematian kan? Tengok tajuk buku pun dah buat aku cuak :')

 







INDAHNYA KEMATIAN

" Drama hidup penuh misteri. Kematian dapat mengubah jalan hidup sesorang dalam sekelip mata " 

Dah beli buku Indahnya Kematian, balik tu tengok papa beli buku Anda Bertanya Ustaz AzhaR Idrus . Macam tak percaya pulak papa boleh beli buku macam ni. Sekarang ni aku tak baca lagi buku tu, aku just tengok-tengok dulu sebab papa tak habis baca lagi. Best juga buku tu. Apa yang orang tanya semua Ustaz Azhar akan jawab. So, dari situ kita taklah rasa ragu-ragu lagi dengan ibadah seharian kita :D Sekarang aku tengah baca buku Indahnya Kematian. Nak baca buku ni perlukan ketenangan. Dari situ kita dapat taw siapa diri kita sebenarnya. And kita perlu menghayati maksud tersirat yang cuba disampaikan. Kalau main baca and tak menghayati mana boleh kan.

 

" Tiada bekalan berharga bagi menyambung perjalanan hidup KECUALI amal kebaikkan "


Me :: Belilah buku macam ni.Semoga buku-buku agama macam ni dapat bantu kita semua :) 

Wassalam.


No comments: