24.6.12

Turning Point.


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "

Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

Assalamualaikum
Saya sebenarnya tak tahu nak update apa. Sebabnya saya rasa sedih yang teramat sangat, Haih, asal baca blog saya mesti sedihkan? :|
I'm so sorry, saya bukan seorang yang Emo, tapi hakikatnya hati saya sensitif. Okay sebenarnya saya nak tanya sedikit.. Pernah tak awak-awak cakap macam ni 'aku nak berubah'dekat diri awak?Tak kisah lah berubah macam mana and dari segi apa pun tapi ayat tu pernah terdetik di hati anda. Pernah tak? Mesti pernah punya. Right? But sometimes bila kita cakap kita nak berubah, kita tak pernah berusaha untuk berubah pun kan? Ada perasan tak? Ada perasaan tak?
H A R H A R . .  
(Ketawakan diri sendiri)
( Menangis sendiri dalam hati)
:'( 
..Inilah sebenarnya yang jadi dekat diri saya.. Saya sentiasa cakap nak beubah. Nak berubah.. Tapi hakikatnya saya sendiri yang tidak berani untuk mengubah diri saya. Entah. Mungkin saya rasa kalau saya berubah nanti sekejap je. Then esok-esok buat balik benda yang sama. Oh saya tak nak menjadi begitu :'( Kalau boleh biarlah saya kekal selamanya dengan perubahan saya. Tapi betullah cakap ustazah saya "Nak berubah perlukan masa, dalam tempoh nak berubah,mulut manuisa tak henti-henti mengata dan memperkatakan mengenai kita. Masa tu, kita kena K U A T dan S A B A R. Itu semua permulaan ujian yang Allah berikan kepada kita."  Saya memerlukan kekuatan untuk berubah, saya memerlukan bimbingan untuk berubah. Sejujurnya saya mengaku memang saya masih jahil dalam bab agama. Biarlah awak-awak  semua nak cakap saya apa pun, sememangnya itulah kenyataannya. Saya tidaklah sehebat mana. Bila post di facebook semuanya mengenai agama. Masa tu niat saya nak ajak kawan-kawan Facebook baca. Tapi saya salah. Setiap manusia ada persepsi tersendiri. Masa tu saya di bash. Sebabnya saya bukanlah pandai agama, tetapi berlagak seolah-olah saya tahu semuanya. See? Itu lah saya. Banyak lagi benda yang saya rasa betul, tapi hakikatnya dalam Islam apa yang saya buat itu salah. 

Tapi awak-awak semua tahu tak?
Apa yang saya buat itu sebenarnya ..Saya nak B E R U B A H ! ! Saya nak jadi B A I K. Saya nak ikut jalan yang benar. Saya nak jadi penghuni syurga. Saya nak kebahagiaan yang hakiki di akhirat sana.. Saya sangat teringin berubah dari bertudung trend sekarang ke tudung yang labuh .. .... tapi saya takut pandangan orang terhadap perubahan diri saya  :( Saya  tak nak perubahan saya tidak kekal lama...Sejujurnya saya belum siap sedia untuk berubah 360 degree.  Tiba-tiba, mungkin takdir Allah nak buka kan pintu hati saya saya ada terbaca komen seseorang.
Katanya "memang susah jika nak berubah dari tudung trend terus ke tudung labuh.. cuba la berjinak2 dgn tudung bidang 50 dulu, then 55, then 60..biar sedikit2, tp berkekalan.. bila dh rasa kuat,bertukar ke tudung labuh berjahit :) saat pertama berubah memang rasa cam riak, tapi lama2 dah biasa rasa seronok pulak dapat pakai ikut syariat, xpercaya cuba la.. insyaALLAH :) moga kita terus istiqamah.. ingat pandangan Allah lebih penting berbanding pandangan manusia."
Tiba-tiba saya terfikir sejenak, apa betul yang di perkatakan hamba ALLAH tu? Kalau betul, insyaAllah saya akan cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik. InsyaAllah,  perubahan perlu dilakukan perlahan-lahan. Bukannya secara drastik. Yeah. Manusia apa lagi seorang remaja macam saya sentiasa berfikiran IDEALISTIC.  Bila saya ingat masa saya dulu-dulu, banyaknya kesalahan saya. Banyaknya dosa saya. Jahatnya saya. Semuanya saya. Saya M A L U ! Saya T A K U T ! Selama 17 tahun hidup saya rasa seolah-olah diri saya ni N O T H I N G + L O S E R ! Nothing inside my heart. Saya rasa down sangat. Semoga pintu hati saya akan terbuka suatu hari nanti :)


 


Ya Allah, tolonglah hamba Mu, bukakanlah pintu hati Mu. Tolonglah hamba Mu ini Ya Allah.
.
.
.
Slave of Allah
(menangis dan merintih dalam hati)

No comments: