30.11.11

Bayangkan kalau lelaki jadi CIKGU

Assalamualaikum
Hye awak-2 semua. Nak mintak tolong sikit boleh? 
Cuba awak-2 semua bayangkan LELAKI jadi Cikgu..??
|
|
|
V

*Muka anak murid yang bosan..Huuaargghh,menguapp*

Okay lah, sini saya nak bagi pembayang. Dekat sekolah saya tak banyak sangat cikgu lelaki. And kalau ada cikgu lelaki pun kebanyakkan mereka banyak yang Pemalu. Boleh pecaya tak? Pemalu? Macam mana nak ajar anak murid kalau diri sendiri tu pemalu? Haihh. Takut nanti anak murid yang pijak kepala cikgu kot. Hihi. Tapi tu zaman sekarang la kan. Masa akan datang sape taw kan? Entah-2 suara cikgu lelaki je dah boleh gagaq kan banggunan sekolah. Haha. Sape taw? kan? kan? And..And..Maybe lelaki yang akan conquer pekerjaan cikgu ni nanti :)

Tolong baca ini Info :

Bedasarkan kajian Cik Nurammarlinanasir, dia mendapati rakan-2 lelakinya banyak yang bercita-2 untuk menjadi guru lelaki. Kalau anda tak percaya, carilah kawan lelaki, dan tanyalah apa cita-2 mereka nanti, Lihatlah jawapan mereka. Konfem sama dengan hasil kajian yang Cik Nurammarlina telah jalankan :) *Kembang seketika dengan hasil kajian aku* Hak3. Ini fakta yang tepat okay :) *Macam buat folio geografi pulak* Hehehehehe..

Actually saya buat kajian dekat Faez Carsten and saya tanya dia nak jadi ape besar nanti? Dia cakap nak jadi cikgu? Saya gelak and tanya nak jadi cikgu ape? Dia cakap. "I want to be english teacher and jangan pandang lelaki tak boleh jadi cikgu taww"
*Malu saya sebab gelakkan dia hewhewhew*
Then saya buat kajian dekat Acap, my clasmates and saya tanya the same question,dia cakap "Aku nak jadi cikgu Matematik" Wahh,, hebatlah kalau dia boleh jadi cikgu matematik. Gua respect sama lu bro :) Bukan senang taw nak dapat Cikgu Matematik seorang lelaki !
Next, saya tanya soalan dekat Hasif and..and.. nak tawu jawapan dia ape? Dia cakap, dia nak jadi Ustaz. Hah, bagus sangat-2 dengan cita-2 awak, but please jangan jadi macam ustaz saya, pemalu sangat-2 sampai saya tak boleh dengar langsung ape dia cakap. Kadang-2 terfikir jugak..Am i Deaf ?? *Berfikir sejenak* ^_^ Hihi. 
After that saya tanya Ajeemlegacy and Adam Aiman dia pun bagi jawapan yang sama, nak jadi cikgu Bahasa Inggeris . See? Berapa ramai lelaki yang nak jadi cikgu? So, nasihat untuk diri saya and mereka yang perempuan, bangun and sedarlah, masa zaman kita nanti , peluang pekerjaan kita sangat sikit and banyak saingan dengan lelaki yang dah maju sekarang ni. :) Chewahhh, ayat saya macam dah buat karangan, Boleh lah hantar karangan ni dekat Cikgu BM saya . Hikhikhok. Takpe-2. Saya cuma boleh doakan apa yang mereka impikan akan menjadi kenyataan. 

@GoodLuck para lelaki semua and majulah wahai perempuan@

Mucosloves
nurammarlinanasir 

29.11.11

Esok Last Paper..

Assalamualaikum :)
.
..
...
"Yeyyyyyyy!!!!!! Esok last paper. After that saya merdeka!!!! Horayy! Banzey-3!"


Exams are over next year.
SPM sedang menanti dan memanggil saya.
SPM kata mai,
Hati kata mati,
Otak kata study :)
>_<
 Tahukah anda ??? Nurammarlinanasir sangat tension dengar ayat tu. Haihh. How can it happen to me? Bila saya tengok orang semua update status macam tu, saya rasa macam.,, Ohmaigod. Mereka semua dah last paper.That's mean next year is my turn to struggle for SPM. Hakaloh, saya takut sangat kenapa? Watlek sudah lah. SPM lambat lagi. *Otak aku selalu cakap macam tu* 

Motiff? Nak bagi saya leka and lalai..Kan?? Saya tak bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang berat ni. Ini tanggungjawab saya untuk menentukan masa depan saya. So, uollss,jangan ingat SPM nie satu bebanan untuk kita tapi jadikan SPM ni satu tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar,anak,and hamba yang sentiasa di beri dugaan olehNya. At least buktikanlah yang kita boleh berjaya, at least okay. Jangan asyik fikir diri sendiri, tapi always fikirkan perasaan parents kita. Tu yang lagi penting, eh,,ape lah saya merepek ni. Dah-2 saya cuma nak cakap dekat hati saya "Sabar ye hati, sabar untuk tunggu SPM 2012 bakal tiba. Hihi" and..and "Sabar ye hati, i know you tak sabar sangat nak tunggu SPM2012 tamatkan? "
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. BERSABARLAH wahai hati. :)

Muchosloves 
anakpakciknasir

28.11.11

I'm addict =,=

Assalamualaikum ..
Hoiii-2.. Tengok entry den.. I'm addict.. yeah. seriously saya cakap, saya ketagih sangat-2. 
Ketagih ape? Hello uollss. Jangan fikir kuning + biru okay. Actually saya ketagih buat header. Hihihi.Kalau boleh all the time asyik nak tukar header je. Kalau boleh lah kan :)  Tapi nanti asyik tukar header orang cakap Bajet Bagus pulak kan? So better jari-2 saya ni duk diam-2. Jangan nak gatal-2 buat and tukar header lagi. Boleh? Duduk diam-2 taw my lovely fingger. Kalau tak duk diam saya gigit-2 awak..Hihi. Actually saya tak minat sangat nak berblogging. Kadang nak tulis ape pun saya tak tawu. Bila dah banyak idea, malas pulak nak taip. But now.. saya suka gila-2 nak taip. Tu yang kadang-2 buat blog nie jadi merapu,merepek. Tapi takpe. Dari buat blog nie bersawang and berhabuk baik saya merapu,merepek je kann? Kalau yang tak suka tu tak perlulah kutuk-2 okay. Saya tahu header saya tak sehebat header awak. Header awak semua cantik-2. Jelly lah saya. :D 
Okaylah. Thats all. Janji saya update kan :) Tata Wassalam

Muchosloves
anakpakciknasir

Dah berubah

Assalamualaikum..

Hye uollss..


Entry harini is  "Dah berubah ".. Ape yang dah berubah?? Cer teka. Kalau betul saya belanja awak topup RM5. Muahahaha.. I'm just joking. Takde nye saya nak bagi topup RM5. Baik saya topup kat saya lagi bagus *senyum lebar* Okay first thing yang berubah is my background. Dulu background saya polkadots. Tawu ape tu polkadots?? Ala, yang bulat-2 tu,yang cute-2 and comel-2 tu. Hihi.. Now dah tukar. Berbunga-2 blog saya *blink-2*  Blog je yang berbunga okay. Not my heart. Ahakz.. Hey.. lagi-2 ape lagi yang berubah??
Yeah.. if you can see, at the top..My header was change. Dulu header saya ada picture saya kan? Now dah tak de. Just only gambar kartun jer. Saya malulah nak buat header letak picture saya. Saya bukannya blogger tegar pun..So biarlah kita punya header tu simple and ringan. Baru senang nak bukak. Sometimes bila saya blogwalking ada tengok blog yang terlalu sarat dengan bahan-2 ape entah sampaikan lambat je nak load.. So biar simple  janji senang load. :)  kann? 

Okay thats all :)
Tatata
Wassalam 
Muchosloves
nurammarlinanasir

26.11.11

Salam MaalHijrah

Assalamualaikum.. 

First thing nak ucap kat sini is... Salam MaalHijrah buat semua muslim dan muslimat. Kita semua dah masuk 1433Masihi taw.. Ape eak azam anda tahun baru nie? Macam-2 azam yang kita buat setiap tahun. Tapi tak pernah terjadi pun.Kan?Bagi yang azam dah tercapai tu tahniah lah,.. (: 
Dulu saya cuma taww HAPPY NEW YEAR yang akan disambut 1 January.. I never know about sambutan MaalHijrah niee. Sadiskann??  Sedih sangat-2 kalau kita yang Islam tak taw pasal MaalHijrah ni .  Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu MaalHijrah,sini saya ada infokan sedikit tentang MaalHijrah supaya korang nanti tak jadi macam saya yang cuma tau pasal happy new year je. So,jom kita baca sikit.Dapat pahala taw :D

iNFO :

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Dah baca iNFO ? So jangan nanti orang tanya buat tak taw pulak.. Cepuk2 kepala korang nanti. Hihi. 

Tadi pQah ada text saya and tanya " Ape azam ko tahun ni? " 
Aha..Soalan yang sangat menarik lah dear (: Azam saya tahun nie eah? 
Actually kalau cakap pasal azam je memang banyak la azam saya kan. Tak taw nak cakap macam mana. Tapi orang cakap kalau sekadar ada banyak azam tapi tak berusaha nak buat untuk capai azam yang kita nak tu tak boleh jugak kan? So saya punya azam simple je. Berkenaan diri saya jugak . Kalau boleh, saya nak buang sifat marah. Haha. Sape yang tak kenal saya memang takkan taw saya nie seorang yang garang.. Rawwrr!! Muahahaha. Ye la, sampaikan ada sorang penah cakap saya ni macam singa betina? Whattt????? Singa betina? Haihh.. Tak kan saya segarang tu? Saya pun tak tahu. Tapi banyak dah yang cakap saya garang, so what can i do? Saya berazam nak tanamkan sifat SABAR dalam diri saya. Hope sangat-2 saya dapat mengawal emosi.Tu baru azam pertama weyh.. Banyak lagi azam saya ni. Okay, azam seterusnya saya nak memantapkan keimanan saya. Tapi macam mana eak?? =,= Sometimes rasa macam tak boleh je nak high lagi keimanan kita sebab ustaz saya penah cakap "Keimanan manusia dengan malaikat sangat berbeza." Berbeza? Ape yang berbeza?? Then ustaz cakap " Keimanan malaikat sentiasa maintain or stabil, tapi keimanan manusia tak stabil,sometimes iman kita meningkat,sometimes menurun and nak mempunyai iman yang stabil kena rajin beribadat" See?? Ayat ustaz tu sangat bermakna,dulu saya tak faham ape yang ustaz maksudkan,but now saya sangat-2 faham. Thank Ustaz Hafiz. (:
Tapi tu lah,kita yang manusia ni always and senang TERgoda kan?? Takpe-2, kita try dulu baru taw macam mana hasilnya kann?? >_<

Next determination saya nak belajar rajin-2 untuk SPM yang sedang menanti. Nak kena struggle gila dalam study. Bukan senang taw,sekali gagal SPM, takde job and future lah saya nanti.  So,baik pulun dari sekarang..kalau nak senang nanti. Azam ape lagi eah?? Hahaha. kan dah blank otak ni. Takpe lah tu untuk azam 1432M saya. 

Oh yeah, baru teringat, azam saya, nak khatam Al-Quran and fullkan solat saya.Maklumlah,sometimes saya pun liat jugak nak solat ni. Hope sangat-2 dapat fullkan solat and dapat khatam Quran. Amin. Harap semua azam ni dapat saya buat. And..and... Doa-2 kanlah yer. Amin..
Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.
=)

25.11.11

Bila dah start cuti,rasa nak p sekolah=,=

Assalamualaikum
=,= 
Hye, cuti-2 nie tak pegi mana-2 ke? Tak -___- ? Samalah macam saya. Saya pun stay rumah, layan Korea,layan Internet,layan Katoon. Huh, Sometimes,rasa bosan je. Kan? By the way,Boleh baca tajuk entry saya kali ni? Bila dah start cuti rasa nak p sekolah pulak.. Sumpah bosan. Tapi pelik lah kita ni kan? Bila dah sekolah terhegeh-2 mintak cuti. Tapi bila dah cuti? Mula rasa nak p sekolah pulak. Motif?? Sebab nak jumpa kawan punya pasal? Kan,kan,kan?(: Dah agak dah. Then,then bila time bukak sekolah time dekat perhimpunan,konfem mulut tak boleh berhenti kan? Ye lah dah sebulan lebih tak jumpa. Bagi yang duk hostel pulak,malam tu sure tak tido. Ayik bersembang je. Hahaha. Pelajar sekarang. Memang selalu macam ni. Expecially saya. Kalau kat perhimpunan lah,pulun cerita macam-2.
Excited gila. Then mesti keluar ayat-2 segala bagai..Etc : "Oh,,ye ke??" , "La..mamat tu ke?" ,"Eah dah pindah? Alaaa", Penah tak jadi kat korang setiap kali awal tahun or first day kat sekolah korang ada guna ayat-2 macam tu? Muehehehe(:
Kalau tak de tu nampak sangat anda tak pergi sekolah on the first day. Kan? Hik3.
Okay lah,thats all for this entry. Actually tak tahu nak cakap ape  dah. Bila dah bosan sukelah merepek sorang-2.Kan? Then blog ni jadi mangsa luahan.Hihi (: 



See that pic? Ha, tu muka saya meminta simpati to my dad. Papa, jumlah jalan-2 please. Ambil la cuti ..Haihh.. I'm bored to stay at home. Tetiba terfikir kan best kalau ada kereta sendiri? Boleh jalan-2 bawak membe.. Hihihi * Tunggu masa je * Okaylah. Lets do something interesting..
=Habiskan masa cuti dengan menaikkan + menambahkan lemak & kalori kat badan=
So dear,jangan tengok-2 saya kalau next year saya dah CHUBBY .kehkehkeh.

Says -----------> Happy Holiday uollss (:

.
.
.
.
.
.
.
.


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

ZZzzzz.. * Mata tertutup* Muhahaha, Bye-2.
(-_______-)
Muchosloves
me : anakpakciknasir :)

23.11.11

Mereka semua bermakna :')

Assalamualaikumm.. Hye.Lama tak update blog kan?Last update pun time last nak cuti sekolah haritu (:
Okay, now, i would like to tell about my FRIENDS. Do you have a friend? Haha. Semua orang ada kawan. Tak kisah lah baik or tak, Tapi tetap ada kawan kan? Siapa yang tak de kawan tu nampak  sangat lah ada masalah dalam diri dia. Hihihi (:

Flashback Balik: Okay bila ingat-2 balik pasal zaman sekolah (Ceh, ayat macam dah habis sekolah je) Hihi. Time masuk form 1 time tu aku still Blurr .Perasaan first day menjejakkan kaki dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam jangan katalah. Macam nak luruh jantung den. Hahaha. Ingatkan aku je yang sekolah dekat situ, rupa-2 ramai lagi. Then ternampak muka kawan-2 aku masa darjah 6 Alamanda dulu.Whoppss!! Tak sangkaa jumpa balik kan?Ingatkan takkan jumpa dah. Tapi kebanyakkan kami tak sekelas.Only aku, Siti Nur Amira Bt Azzet Sabree, Atikah Shafawani Bt Johari  Sahaja yang satu kelas. Even masa darjah 6 kami tak sekelas tapi masa form one kami sekelas jugak until form 3.  (:

Atikah Shafawani Bt Johari 


 Atikah Shafawani, aku panggil dia Tikah jer.Tapi kawan-2 yang lain panggil dia shafa, nama glamour la katakan. Hik3. She's very good friend for me.. Dia nie terkenal sebab masa darjah 6 dulu dia seorang yang sangat2 ganas, Gile lah. Kau tawu, masa  D6 lah aku paling benci dengan pengawas ni.Tanya je tikah semua takut.Sebab.. ganas sangat lah. Ramai yang benci kau, Termasuk aku,and aku tak tawu macma  mana aku boleh kawan dengan kau time form1. Sangat2 pelik and tak boleh di terima taw.Hahaha *Tikah,jangan marah okay* Aku duk dengan dia masa form 1 and form 2. Dia suka ajar aku buat benda jahat. Ohmaigod.tak taw macam mana aku boleh terikut dengan kenakalan kau.Tapi ape yang kita buat ni banyak tinggalkan kenangan untuk diri aku. Ingat tak time kita kena marah dengan Cikgu Gunalan tu sebab tak lepas jawab sejarah? Ingat tak? Then kita kena ketuk ketampi,sambil ketuk ketampi mulut tak henti-2 duk maki  cikgu Gunalan tu. Hahaha. Best jadi kawan kau. Aku takkan lupakan kau sampai bila-2 (:

Siti Nur Amira Bt Azzet Sabree


Aku panggil dia Mira, Tapi tikah selalu panggil dia PENDEK. hik3.Sebab, mira tek mencecah tahap ketinggian yang mira taget tu lagi.Thats why kami panggil dia pendek. (: Walaupun dia pendek,dia cute taw,kulit hitam manis and pandai masak (: Untunglah kan sape dapat mira Hihi. Dia ni banyak gosip. Tambah dia suka gosip pasal kawan flat dia.Aku ingat lagi mira penah cita pasal Mat John. Haha.sangat memalukan taw. Then orang ramai cakap mira ni playgirl. Betul ke? Tak kot,mira tak macam tu, normal lah kalau masa muda2 playgirl, sekarang dia dah setia (: Mira suka ajak pegi Summit,sebab nak jumpa mat2 bangla kat situ.*Just kidding, dia ajak pegi sana sebab mira suka shopping.Kan mira kan? And..and..Kalau nak taw,mira dah berubah sekarang nie. Dia dah pakai tudung.. Comei sangat time dia pakai tudung,Teruskan pemakaian tudung. Harap mira ikhlas pakai tudung Hihi, sayang mira ;;))

Aqeela Balqees Bt Thaha 
 
Aku panggil dia Qeela je, aku suka usha dia dalam kelas.*I'm not lesbian okay* Qeela seorang yg pemalu. Dia seorang yang sangat-2 comel and agak kebudak-budakkan sikit.Masa form1 dia suka duduk sorang2 dalam kelas. Aku anti gila dengan budak ni,sebab dia nampak macam gedik.Sumpah kalau hampa tak kenal sure hampa akan kata dia gedik.Buktinya: masa pengawas buat sportcheck,ramai pengawas yang berkumpul dekat meja qeela sebab?? Pengawas jumpa LOTION,BEDAK,CERMIN dalam beg dia. See??Nampak sangat macam gedik+anak manja kan? Haha. Tapi tu cuma tekaan aku jer, aku tak kenal dia dengan rapat lagi sebab tu aku boleh cakap dia macam tu, untuk pengetahuan,qeela tak macam tu pun.Dia sorang kawan yang sangat manja and boleh jadi kanak-2 kalau duk dengan dia. Dia suka sangat makan lolipop.And suka buat muka yang tak bersalah + muka cute dia (:  Sometimes dia ni sensitif. Qeela and mira suka sangat layan lagu english.Kadang jelez jugak sebab aku tak tawu lagu-2 english ni. Hihi Tapi di sebabkan dyorang lah aku sekarang layan lagu english   =D

Ezati Hanani Bt Murdi
Ezati nama panggilan dia..Seorang yang pemalu jugak .Qeela suka panggil ezati, along.Aku pun tak taw kenapa,maybe sebab ezati anak sulung and Qeela dah memang rapat dengan along. Kan? Aqeela dengan ezati sangat-2 rapat..Memang tak boleh pisahkan depa dua ni. Macam belangkas dah aku tengok. Pegi mana sure berdua . Jeles lah.Aku pun nak jugak berkepit dengan hampa. Hihi . Ezati suka bagi ceramah kat orang.Expecially aku dengan mira.Aku tak tawu kenapa maybe aku banyak buat salah kot.Dulu memang susah jugaklah nak terima ceramah dari dia. Aku mesti menggelak kalau along start nak bagi ceramah.Tapi sekarang baru aku sedar,ceramah yang dia bagi bukan untuk suka-2 or saja2.Tapi semua tu ada makna,and bila aku dah besar baru aku faham dengan maksud2 ceramah yang dia penah bagi kat aku.Semua tu ada kebaikkannya (: Thanx ezati. Oh yeah, ezati ni bakers yang terbaik taw. Kalau kat sekolah dia selalu take order roti-2 dekat kami.And mesti  dia tak lupakan aku kalau order roti sure cakap "Cheese lebih yer" hihi. Sumpah sedap giler bun yang along buat.Never forget you and your roti =D

That's all , and bila naik form 3 tu yang buat hidup aku sunyi. Takde lagi kawan-2 macam Tikah,mira,Qeela,and along. Memang terasa kehilangan jugak lah. susah nak terima kenyataan yang aku dah berjauhan dengan depa. Tak sangka aku akan berpisah dengan depa semua. Ingatkan boleh kekal sampai bila-2. Now,yang tinggal dekat sekolah tu cuma Qeela,Ezati and Mira, tu pun dyorang dah tak rapat. And dah duk kelas lain-2. Tikah  sekarang study dekat Teknik and dah jumpa kawan2 baru dia. Aku pulak?? Duduk perak.Far away from they. Sumpah sedih time nak berpisah dulu. Betullah cakap orang, persahabatan masa kita form1,2,3 tak kan kekal lama. Mesti akan berpisah gak, sama naseb macam aku :')

Antara kenangan kami semua :
Qeela dengan Along. Ada ayu jugak (:

Qeela with me :')

Gathering sekali (:

Me and pengawas kejam.Haha!

Cer tengok qeela.Cute kan? Along pulak comei.




After makan roti buatan along. Being Crazy ,Its too nyummy !

17.11.11

Entry Berani Mati to *4 Prinsip Akaun.*

Assalamualaikum.Hye uolls. 
Sebelum nak teruskan menaip, aku nak tanya ade sesape kecik hati tak dengan aku selama aku ada dalam 4 Prinsip Akaun nie? Okay lah.Before hampa cakap ape-2 baik aku sedar diri dulu.Aku taw selama aku dalam Group 4PA eHhee  nie aku banyak bagi dakwah-2. For sure most of you tak sukakan? Aku mintak maaf  kalau ade yang buat hampa terasa hati. Aku post benda-2 tu nak bagi kesedaran je.  Tak bermakna when i post that article diri aku ni dah cukup hebat and dah cukup kuat iman aku dah cukup alim,dah cukup bagus or dah pandai sangat agama nie. No ! Please dont think like that. Aku tak sehebat mana. Aku tak sekuat mana pun,aku pun orang biasa and always buat salah.   
 Bila aku post benda tu aku cuma nak sedarkan kita semua and diri aku sekali. Kalau ade kata2 sindiran yang buat hampa terasa, dengar merendah diri aku mintak maaf . And please jangan ingat bila aku mintak maaf ni aku Bajet dah insaf . No, I'm not like that. Aku minta maaf sebab aku nak mengubah diri aku lagi elok. I know some of you ade yang tak suke aku kan bila aku cakap pasal soal halal haram? Okay , takpe aku tak kisah kalau hampa tak suka (:
Aku cuma pegang pada prinsip ni jer " Tugas kita hanya menyampaikan dakwah, pasal orang nak terima atau tidak, itu mereka punya pasal. Tuhan tak tanya, kita sebar dakwah sampai dia berubah atau tidak.
Yang Tuhan akan tanya, adakah kita cuba untuk berdakwah atau tidak?" Itu jer. So tak salahkan kalau aku terceramah kat hampa? I want all of my friend to be more better than now.Mungkin hampa akan cakap "Bajetnye minah nie nak buat blog minta maaf bagai dah tu sesuka hati nak orang berubah,taikk jer." Takpe. Aku terima. And aku faham,pendapat and pemikiran manusia berbeza-2 kan? InsyaAllah i'll accept it.

Aku nak mintak maaf kalau aku ada termengumpat, termengata ,terjeling, terperasan, terpukul, tersepak, terkutuk or whatever else.Kalau nak sebut kesalahan aku,jangan cakaplah,Banyak sangat dah. I hope sape2 yang penah terkena dengan aku, aku minta maaf sangat2.Btw ni aku buat listkan nama budak kelas kita yang aku rasa aku memang buat salah dengan hampa semua.

So, let me talk about the lady's first :

Lady's First
  • Syahira Fauzi *Cenget,sorry penah buat hg menangis*
  • Farahin *Salmah, be a good student okay,*
  • Amira * be a nice girl*
  • Fatin *belajar rajin2*
  • Yana * peace *
  • Shikin * My big sister in class *
  • Fara * manje,nak jadi penolong boleh? *
  • Ain *.Ingat SPM.Ok*
  • Linda*budak comel*
  • Zue *ajar aku addmah?=,= *
  • Fiza *awat hg comei?*
  • Afieza*Jangan loqlaq sangat and jalan jgn cenget2 hihi*
  • Meza * Jangan mai skolah lmbat*
  • Suhaina *I know you can do math (:*
  • Nani * kenapa pandai sgt?jeles :) *
  • Cik kiah *jangan merajuk2*
  • Athira *jangan serious2*
  • Izzati *err..jaga diri baik2.Okay*

Okay budak perempuan complete kan? Haha (; Berhasil ingat membe aku

Lelaki pulak.

  • Meon *Jangan tido sgt yer*
  • Adam *Jangan nak tdo jer *
  • Haziq*study lagi sbb hg tu pndai sbnarnya*
  • Ammar *Jgn asyik kena buli jer *
  • Hussin *Study hard *
  • Akem *Senyap sikit boleh? (: *
  • Acap *Study akaun taw,msti boleh kalahkan aku *
  • Ali *Ingat,next year SPM *
  • Anep * err.. Jangan bagi org terasa lagi eah? *
  • Didi * Berpotensi kalahkan aku *
  • Afdzal *Mcm mana hang pndai akaun? *
  • Bazli *Study hard *
  • Nabil* Math terror,whoot2 *
  • Wan *Bila nak turun takhta ni? jeles *
  • Iman *Fullkan kehadiran taw*

Okay. Dah full 34 kan? Haha. Susahnya nak ingat (: semua macam2 ragam kan? Btw nice to be your friends. Yang mana dah kena dengan aku tu, i'm sorry againts. Yang mana aku komen pasal diri hampa tu, jangan marah eyh. Aku cakap berdasarkan ape yang aku rasa. . And aku taw, ni lah entry berani mati yang penah aku buat sebab aku luah terus ape yang aku rasa. So, kalau ade ape2 salah or sesiapa yang terasa aku mintak maaf lagi sekali, .Kalau tak puas hati ape2, Face to face jer dengan aku. Okay. (:

Giler ahh.. Berpeluh aku menaip ni.. Takut punya pasal. Nak publish pun teragak2 nie. Tapi takpe.Berani kerana benar tak salahkan? And kalau aku ade buat salah, tegur lah aku. Aku pun ade banyak gila2 kelemahan yang aku kena  baiki lagi. Kalau ade salah, tegurlah (:


Maaf sekali lagi kalau aku komen salah, Ni berdasarkan ape yang aku rasa selama setahun aku sekelas dengan hampa and aku harap hampa dapat terima dengan positif. Okaylah, setakat nie jer entry aku *Cis,macam buat surat kiriman pulak * Haha, Btw, see you soon. Harap berjumpa lagi tahu depan. 
#Oh yeah ! Remember this :Success is not a destination, it's a journey. Let's strive the best for the SPM and let Allah handle the rest.#
Bittaufiq wannajah fil imtihan!

p:s// Hope jumpa next year semua sihat2 and jangan ade yang datang nanti takde muka pulak hikhik (:

Deeply from my heart:
nurammarlina
anakpakciknasir

16.11.11

Blog walking #Eh nope.Jalan2lah (=

Assalamualaikum.. 
Mood : Rasa nak update blog selepas dengar lagu Teman Sejati
Huaargghh (!) *Cara anak king kong menguap.*  serupa macam aku, hik3. Tadi dah ingat nak tido lepas baca buku Mastika. Then tetiba teringat pasal jalan-2 dengan kawan aku  petang tadi,Ohmaigod..
Firstly rancang pukul 4petang nak keluar dari rumah, Konon nak cari tempat tusyen lah kan.Tapi macam hampeh jer, aku mesej sorang tak balas. *Then baru teringat dyorang takde kredit* Haih, macam mana nak contact? Handphone aku dah lah problem kan, aku ingat tak jadi. So buat tak tawu je lah kan. (: Last2 Sue cakap Meza dah ade kat depan rumah dia. What?? Depan rumah? Aku takut cek mek tu marah, siap pun ala kadar je. Then bila dah naik moto tak tahu arah tuju nak pergi mana, Haih,macam orang tak betul je. Kejap nak pegi sana, so kami decide nak pegi beli CoolBlog jer.  Then dah sampai depan coolblog tak jadik nak beli ,sebab takut cair*Cis,alasan tak logik* Then terus masuk billion cari port. Ronda and puas cuci mata terus ingat nak beli CoolBlog yang tak beberapa cool tu. hikhik. Terjumpa satu ice blendz yang lagi baik punyaa. Konon nak try la kan. Sebab sedap je tengok Krim dy, Chocolate nye.Fuhh..!  Then order kat orang tu.

 SUE : Blackurrent + Vanilla blendz Regular 1
 Meza: Strawberry + Vanilla blendz Regular 1 
*Tapi last minit meza teringin nak Latte.Tah ape nama pun kami tak tawu nak sebut,Cis*
Order la Latte satu.
 Aku :  Chocolate + Vanilla blendz Regular 1. 

Memang kaya la makcik tu harini kan? Sekali beli semua maw yang REGULAR punya,Tamak! Dah bayar semua, kitorang lepak padang. Sambil lepak baru aku terasa nak TERmuntah. Eew! Kenapa loya je tekak aku ni? Haih, Rupanya depa pun rasa benda yang sama, Whoops.!Aku kene racun makanan ni. Haha.
No lah. Actually kiteorang tak lalu sebab krim banyak sangat. Eeeww. Masa makcik tu tengah buat rasa sodap la pulak,Tapi bila dah minum banyak2 rasa macam loya,mual and muak. Macam kita makan kek yang full with cream.Memang rasa mual kan? Dah tu tambah dengan Vanilla. 
Lagi lah rasa macam Yoghurt Full Cream.OH NO!! Takut gemuks , hihi,.



Chocolate +Vanilla with Full Of Cream !

Tengok macam sedap tapi ingat bila dah full sangat cream tu sometimes boleh buat kita rasa mual and muak. Btw tak sangka, dalam rasa nak muntah2 tu boleh jugak aku habiskan IceBlendz yang tak serupa Ice tu. Haha, Sue cakap "Sumpah this is the first and the last i buy it " Oh really? Tahu beli CoolBlog pun tak pe kan? Ade jugak bijik2 pearl tuw even tak seCool Cream. Hehehe.
Tengok , kata nak cari tempat tusyen, tapi? takpe,Kira okaylahKita bertusyen merasai IceBlendz.Kann?

p/s: Lain kali nak beli jangan tengok dari luaran je. Macam orang putih selalu cakap "Don't judge a book by its cover" Macam tu lah kami pun.Jangan sebab tengok cantik then terus beli. Macam =_= je kan? Pttff =,=

Okay. Mata dah menagantuk nie. .Nak tido. Tatatata (=
Muchosloves
Nurammarlinanasir

14.11.11

Movie..

Assalamualaikum..Hye uollss.. 

See yaw. Kita jumpa lagi. Haha. Yesterday i thought my broadband dah tamat tempoh kan? Bila check balik tengok boleh pakai lagilah. So ape lagi. Nak update blog! Nak update blog ! Hik3. *ngade2* Okay,my topic today is about MOVIE!!!!!! yeah, Movie. Agak2 cerita ape yang terHOT dekat pawagam eyh? Aku Bukan Tomboy? Ape lagi? Ape lagi? Haha.. Yang tu je movie yang aku taw. See..nampak sangat aku tak tahu perkembangan semasa kan? Takpe2. Who cares. Tak penting pun semua tu. Kan.. ?
Back to the topic, MOVIE ! Petang tadi kan..kan.. aku pegi tengok movie.. Ni tiketnya  :

Time : 1130 am
     Place : Dalam bilik  
        Price : Free of charge  
                    Movie : Barbie(Prince Charm School) 
                              via    YOUTUBE 
   Check by : Madam Nurain 



Cantik tak movie aku tengok dengan adik aku? hak3. Lawak pulakkan? Dah tu tengok dekat Youtube pulak tu. Okay lah first adik aku just nak tengok Youtube. Dia suruh bukak ABC song's ,So aku bukak lah, Then rase bosan pulakkan. Tetibe je rasa nak tengok barbie. Aku pun click BARBIE. And keluarlah tajuk yang aku tak penah tengok lagi. It's new version okay. Ada 8 episod semuanya, Sanggup aku tunggu berjam-jam and menahan rasa sebab broadband aku lembab sikit. Haha. Sampai habis aku tengok cerita nie.
Memang #Takdekerja kan? Eh2. Perlu ke Htag tu? hikhikhok. Btw, aku enjoy giler layan Movie nie.
Terasa diriku begitu berharga,, Cis ! ..Sempat buat iklan pulak, Hihi .
Actually when i watch that Movie, I feel such that i was a kid and always follow the Barbie story and amazing Barbie's statue (= .Terasa nak kembali ke zaman kanak-2 lah .

p:s// Can I turn back to my childhood? pttfff   =,=  Haha okay that's all for today.Good bye. tata~

Muchosloves
Nurammarlinanasir


13.11.11

sincerity

Assalamualaikum..
Hye bloggie.. Malam nie nak update blog sebanyak yang mungkin sebab malam nie last tempoh broadband.Hehehe..  Tadi ade terbaca dekat FB..whooppss(!) FB,?? hahaha.ape,ingat aku layan Twitter je ke?Facebook pun layan jugak taw =) Okay tertengok satu status nie.
''Tugas kita hanya menyampaikan dakwah, pasal orang nak terima atau tidak, itu mereka punya pasal. Tuhan tak tanya, kita sebar dakwah sampai dia berubah atau tidak.

Yang Tuhan akan tanya, adakah kita cuba untuk berdakwah atau tidak?''
Ha, bila terjumpa je ayat nie. Memang best lah kan.. Ye lar, penah sekali mar cer bagi dakwah sikit kan, then ade orang cakap "macam bagus sangat?" , "x habis-2'' , " macam pandai agama je budak ni?" Wah2.They judge me whatever they like, your sarcasm memang hebat kan? #ehterasake ?
Takpe2. Tengok lah ayat tadi.. Tugas kita hanya meyampaikan dakwah. Remember,our job is only to spread the call. Kalau tak nak terima tak pe. Saya tak kisah. And untuk sindiran-2 yang sangat berasas tu, terima kasih la yer. Bukannya ape, Niat saya baik.Kalau tak nak dengar, punya pasal awak lah kan?
Itu hidup awak nak pilih HEAVEN or HELL  .
Muchosloves 
Nurammarlinanasir

semuanya pasal dia..

Assalamualaikum.. Hye my bloggie :)
Haih..malasnya nak pegi sekolah. Kalau boleh dah nak buat cuti sendiri taw..Taknak dah jumpa banggunan sekolah yang cantik tu. Taknak dah jumpa kantin yang full dengan makanan tu. taknak jumpa manusia2 lain,taknak jumpa dewan yang menggerunkan aku tu.Expecially time exam..Dewan to macam hell je bagi aku. hahaha :) . Tapi sebabkan dia..nak kena pegi jugak lah kan.. ALL ABOUT dia,, Hahahha. ceyh. merepek lah mar nie. Okay.. di sebabkan kecoh nak dapatkan dia kami beria-ria nak pegi sekolah.. wahh..skemanya ayat. *_* hikhik.. kenapalah semenjak2 nie ayat mar alyways SKEMA? takpe2 tahun depan kan dah nak SPM.. What SPM?? ohmaigod(!) Are you serious? Oh yeah..Next year NurAmmarlinaNasir is SPM candidate. Nah...aku salah seorang calon SPM 2012 next year. Ingat yer. Calon SPM, bukannya calon America Next Top Model..ngeh3.. Weyh..ape merepek sampai SPM nie?
I'm not ready anything for examination okay. So please.. 
^_^
Dah..dah.. Back to the topic. Kenapa dia penting sangat sampai aku sanggup nak pegi sekolah? hahaha..Yup,, bagi aku dia memang penting.Kalau tak dapat dia. Memang rugilah aku kan. So,aku kena jugak pegi sekolah untuk dapatkan dia..Oh my OneHundred money .. i'm gonna take you sayangs.. hikhik.. Semua nak dapat duit RM100 tu. Kalau tak dapat sure ramai dah yang tak nak datang sekolah kan? :)  
Tapi..tapii...ade jugak yang kata aku ni MATA DUITAN ??.. Grrrr..excuse me.. Maaf lah. kite ni orang kurang berada kan. Bila nak dapat duit RM OneHundred tu memang la beria kan.But that doesn't mean yang mar ni mata duitan.Harap maklum. Okay.
Sincerity I'm only excited and eager with my RM OneHundred.That's all.Tak de maknanya nak pulun ambil duit tu then joli sakan.No.No.. TPM cakap..duit tu untuk belanja sekolah. Erk? haha. entahlah. takkan lah belanja harian pulakkan? *Joking*
Warning: Gunalah duit yang dapat tu dengan betul. bukan dapat je terus belanja gf/bf,. Tak berkat nanti :D


 Muchosloves
   NurAmmarlinaNasir

Twitter

Assalamualaikum.. Hye my blog ;)
Eah2, tajuk pasal twitter lah. HaHa. Ceyyy.Saya dah maju, dah ada twitter baqq hang. hikhik.Ni semua kakak aku punye pasal lah. Dia lah yang ajar aku buat twitter nie. Kalau tak,haromm aku nak buat twitter. Tak reti guna pun. ahakz ;') By the way..ade ape dengan twitter nie? Okay, biar aku puji Twitter sikit .ngehehe..

TWITTER ada apa denganmu?

Ha mai sini nak bagitaw. Twitter nie best, sebab senang je nak guna.We can tweet whatever we want. Tak kiralah ape2 pun. And aku tengok twitter ni banyak orang yang bersopan yang menggunakannya. Hahaha.Tu diaa..ayat skema baqq hang. Twitter pun tak perlu kita nak LIKE2 bagai macam FACEBOOK . Cuma kalau kita suka kita RETWEET je. Senang kan? Twitter nie tak perlukan budak-2 yang bajet Hot. Kalau nak bajet Hot pegi Facebook je.Okay. And DP kita dekat twitter tak lah sebesar DP kita kat facebook tu.. DP kita kecik-2 molek gitu.. Cute kan.kan? hikhikhok..Oh yeah. from twitter jugak kita boleh sedar yang actually lebih banyak lagi orang yang lagi hebat dari kita. And buatkan kita rasa rendah diri ;) Heee.. Bukan macam kat FACEBOOK..semua orang bajet bagus,Bajetnyeww(!)  #EhTerasake!!!! Hahaha.
One more thing, bila kita pakai twitter,hubungan kita dengan artis lebih rapat..I mean, senang nak communicate dengan mereka.. Tengokk.. Skema lagi.. eewww(!) hikhik.. By the way, dekat twitter tak ade nak berRELATIONSHIP sangat.. kiranya takperlu nak menunjuk-nunjuk yang hampa ada bf/gf whatever. Senang kan? #Simple and #Senangdigunakan :D

Thank you very much tu @nurulnadianasir sebab dah ajar saya bertwitter. Sebabnya saya lebih mengenali dunia luar berbanding dunia facebook saya :) Jom beralih ke twitter..wink**** Tapi Facebook janganlah menangis pulak..I tetap setia dengan you jugak,, hihihi,,

p:s// Habislah Marc Zuckerberg lepas nie. Ramai orang dah pulun buat twitter..

Warning : Kita buat twitter bukan nak kejar followers,kejar populariti or whatever else. Tapi nak menambahkan rakan. Jangan salah guna twitter untuk memaki or menjadi Hotstuff bagai. Kalau nak jadi Hotstuff balik pakai Fb okay ..tatatatatata~

Muchosloves 
Nurammarlinanasir
Follow my twitter --> @NurAmmarlinaNasir
Hihi..promote twitter pulakk..
oppss..Bukan nak kejar Followers okay =)

11.11.11

Lagu Cinta.

Assalamualaikum.. 
First bangun pagi,aku tgk video MatLutfhi. Hampa-2 mesti kenal punya kan? Kan? Sape yang tak kenal mai nak baq hang.. MatLutfhi ni suke buat video-2 yang banyak bagi pengajaran. IlovematLutfhi. hahaha..Okay,semalam aku ada tgk satu video nie. Video yang ML buat pasal lagu cinta. hah, see yaw. kenapa aku tak suka lagu melayu sekarang nie. Sebab nie lah. LIRIK yang entah ape-2. Now I know,ML pun tak suke lagu melayu jgak.kan?kan? Hahaha. Most lagu melayu banyak yang pasal Cinta . Tapi bukan semua lah. Certain songs only. By the way.. Moh kiter nengok video ni and cer try buat ulasan sendiri. =)



Tengok and buat kesimpulan. So bagi peminat setia lagu cinta nie.Come on lah. Jom lewr kita layan english songs pulak.. =)
At least ade jugak maksud kan.. dari lagu-2 melayu.. peace(!)

9.11.11

Dah check..

Assalamualaikum.. 
Okay firstly when i open the website rasa bedebar2. Macam nak menangis pun ade. Tak tahu nak cakap ape. Tapi sebelum tu.. Tolong CLICK DI SINI UNTUK SEMAKAN =D..
Sure tertanya2 semakan ape kan? Hahaha. Takkan semakkan calon kahwin kot. Hihi. sure2 lah semakkan RESULT Peperiksaan Akhir Tahun.Kan?? So how. bila first masukkan IC then tgk result,wah, Bedebar2 rasa kan. Jeng3.. Terpapar markah aku.. Tetibe rasa nakmarah kan. hey, my name is NUR AMMARLINA. Bukan NOR AMMARLINA. Hihi. Nevermind.. :'D

Ha kan.. Terkejut kalau parent aku tengok result aku.. Memang Memalukan. Tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Tetibe rasa mcam nak menangis =(

Perbandingan Markah :

See ...
Sangat berbezakan markah aku. Macam tak stabil je. Yang pelik mula2 je okay. Bila dah akhr tahun.. Markah aku macam jatuh tergolek dari gunung.. Hahaha..Maybe sebab time orang lain study aku asyik bermuka buku je kot..Ha,amek kau. Markah pun naik turun2 lah kan.

Ape-ape pun aku rasa aku perlukan azam yang baru untuk capai taget aku next year ..
2012 here i coming =) ..
 See you soon 2012 .Bakal penentu masa depan aku ;)